selamat hari raya aidilifitri
maaf zahir dan batin (:

sukan2010

DSCN2565

merah

DSCN2660

form four Kujau best! ;)


DSCN2658
form four Kujau lagi.


DSCN2655
tahun terakhir mereka.

DSCN2294
apekah.ngaa~


DSCN2308
abu and isyraf

DSCN2304
ammar.


DSCN2251
kuning.


DSCN2201

kujau lagi.

DSCN2200



DSCN2752

DSCN2733

DSCN2720

DSCN2692

DSCN2621

DSCN2986

DSCN2974

DSCN2968

DSCN2965



DSCN3525

DSCN3519

DSCN3324

DSCN3314

DSCN3308

DSCN3497

DSCN3493

DSCN3260

DSCN3262

DSCN3262

DSCN3250

DSCN3251

DSCN3248

DSCN3074

DSCN3054

DSCN3303

DSCN3302

DSCN3301

DSCN3276

DSCN3272

DSCN2755



sahabat.

DSC_2331


- Atau Aku Ini Tiada -

sahabatku,
aku terluka
tahu kah dikau?
atau aku ini tiada?

sebanyak pasir di pantai
lebih banyak cintaku di hati
semua untukmu sahabat
tetapi di mana diriku ini?

aku menangis
terluka
sebahagiannya keranamu
sebahagiannya kerana deritaku
tetapi di mana kamu?

sahabat,
aku tahu kau bukan tuhan
yang sentiasa ada dikala ujian
yang disisi bila hati kesenangan
kau manusia
tapi tahukah dikau…
aku ini manusia juga…

hilang dalam sepi
sunyi sedu sendiri
tanpamu sahabat kucinta
tahu kah dikau?
atau aku ini tiada?




langitilahi

Mencari Mutiara Yusuf

salam alaik.

sedikit perkongsian dari ceramah bersama Dr Hishamuddin.

tajuk: Mencari Mutiara Yusuf
antara pengajaran yang boleh kita renung bersama-sama dari ceramah ini ialah,

1.seseorang daie itu ataupun pendakwah itu,seharusnya tidak berasa bangga dengan kerja dakwah ini.

2.seseorang daie itu haruslah merasakan kerja dakwah itu satu kelebihan.bukan bebanan.

3.setiap orang muslim haruslah berasa izzah dengan agama Islam itu sendiri.

4.dakwah itu wajib bagi setiap muslim."sampaikanlah walaupun satu ayat".

wassalam.

Ibu Muhammad Al-Faateh

Sabda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

Ini sabda Rasulullah SAW, hampir 1000 tahun sebelum Konstantinopel ditawan.

Dan sabda Rasulullah SAW ini menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman baginda untuk berusaha menakhluk Konstantinopel. 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, tetapi tetap tidakk mampu menakhluk Konstantinopel yang ampuh itu.

Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera. Bukan mudah.

Ketika balita

Balita adalah anak-anak kecil. Balita adaalah perkataan indonesia.

Dr Anas, ketika menyebut perihal Muhammad Al-Fateh dalam khutbah beliau, beliau ada menyebutkan betapa pentingnya ibu bapa mentarbiyah anak-anak sedari umur kecil. Bukan tunggu akil baligh, bukan tunggu boleh bersuara. Dari kandungan lagi sebenarnya sudah mula tarbiyah anak.

Malah, seorang guru saya ada pernah berkata:

“Tarbiyah anak itu sebenarnya, bermula dari pencarian pasangan kita”

Dr Anas berkata:

“Lihatlah bagaimana ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakhluk Konstantinopel. Tahukah kamu apakah yang dia lakukan kepada Muhammad Al-Fateh?”

Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:

“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya”

Setiap hari, tanpa bosan, ibunya buat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fatehke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan Hadith Rasulullah SAW tadi.

Tidaklah ibu ini tahu bahawa hadith itu untuk Muhammad Al-Fateh. Namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu.

Akhirnya kita dapat melihat, dari tangan ibu yang juga bercita-cita besar, yang sabar dan tabah mendidik anak untuk menadi seorang yang hebat, lahirlah seorang Sultan, yang pada umurnya sangat muda, yakni 23 tahun, dia berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telah berusaha 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya.

Hari ini, siapakah antara kita yang bercita-cita besar untuk Islam, seterusnya mendidik anak-anak kita degan didikan yang mampu merealisasikan cita-cita itu?

Siapa?

Salahuddin kedua?

Saya meendengar suara-suara melaung memanggil Salahuddin kedua.

Saya suka menyatakan bahawa Salahuddin Al-Ayubi kedua tidak wujud. Dia tiada. Tiada Salahuddin yang kedua. Sesiapa yang melaung-laungkan laungan seperti:

“Di manakah Salahuddin kedua?”

“Nanti Allah akan datangkan Salahuddin kedua untuk membela ummah ini”

Saya anggap mereka ini menyandarkan harapan kepada impian kosong.

Kerana Salahuddin Al-Ayubi kedua tiada. Yang ada hanyalah kita. Kita.

Jadi, kitalah sepatutnya bergerak mendidik diri menjadi Salahuddin Al-Ayubi yang kedua. Bukannya melaung-laung menunggu. Lihatlah ummat Islam berurusan dengan hadith Rasulullah SAW tadi. Mereka bukan menunggu munculnya raja terbaik dan tentera terbaik itu.

Mereka bergerak, berlumba, menjadi raja dan tentera yang terbaik itu.

Hatta ibu-ibu yang ada pun mentarbiyah anak-anak mereka untuk menjadi apa yang hadith itu katakan.

Mereka bukannya menunggu. Mereka berlumba menjadi.

Penutup: Kita, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ibunya

Pengajaran yang besar dalam perkongsian ini adalah, tarbiyah anak-anak sedari kecil.

Kita selalu merungut anak kita tidak soleh, nakal. Kita sibuk cari ubat lembut hati dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, kita terlupa, kita hakikatnya tidak mendidik mereka secara betul. Semasa kecil, kita terlalu manjakan mereka hingga semuanya kita beri. Didikan agama, kita serahkan pada sekolah agama semata-mata. Tidak kitaa usahakan dengan tangan kita, dengan akhlak kita, dengan qudwah kita.

Silap masyarakat adalah, pendidikan diserahkan 100% kepada sekolah. Sedangkan rumah adalah madrasah pertama manusia.

Kedua, bergerak menjadi. Muhammad Al-Fateh, inspirasinya adalah hadith tadi. Dengan hadith itu, dia berusaha untuk menjadi Sultan yang diramalkan. Bukan untuk kebanggaan diri. Tetapi untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Dia berusaha. Kalau Rasulullah kata sebaik-baik raja, pastinya sebaik-baik raja di sisi Allah. Rasulullah tiada katanya yang dusta.

Maka siapa antara kita yang bergerak menyahut ratusan janji-janji Allah SWT dan Rasulullah SAW di dalam Al-Quran dan hadith?

Siapa?

Atau terus menunggu, menanti-nanti Salahuddin Al-Ayubi kedua yang tak kunjung tiba?

Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi itu sendiri pun, dia bukan menunggu sesiapa, tetapi menggerakkan dirinya sendiri untuk menjadi pembuka Palestina.


langitilahi.com